Friday, November 19, 2010

PROGRAM CUTI SEKOLAH 2010




PROGRAM CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2010
PROGRAM SMART IBADAH & MINI TAHFIZ


NO 32A, TINGKAT 1 JLN KRISTAL K7/K,
SEKSYEN 7 40000 SHAH ALAM SELANGOR.

Hantar anak anda ketika cuti sekolah ke tempat kami dan anak anda berpeluang mengikuti Program Mini Tahfiz dengan menghafal surah-surah Al-Quran seperti Yasin, As-Sajdah, Al-Mulk dan selainnya serta mengikuti Program Smart Ibadah & Imam Muda
KENAPA MESTI KE TEMPAT KAMI?

Ia kerana dalam program ini anak anda berpeluang mendapat manafaat/faedah:
- Menghafal surah Yasin, As-Sajdah, Al-Mulk dan surah-surah lazim mengunakan teknik Al-Baghdady atau Turki serta menghafal doa-doa dengan maknanya sekali yang selalu dibaca oleh para imam (Mini Tahfiz)
- Mendalami ilmu cara melaksanakan pelbagai ibadah dengan teknik yang menarik (Kursus, Mini Seminar&Motivasi).
- Tempat yang eklusif dan berhawa dingin. Ia seperti sesi persekolahan penuh pagi/petang tetapi diisi dengan program yang ceria, main dalam belajar dan tidak membosankan. Insya Allah pasti Best!.

____________________________


PAKEJ (1) SEMINGGU (5 HARI)

Tarikh/Hari: Sila Pilih Minggu Antara 22hb Nov – 24hb Dis (Isnin-Jumaat)
Masa: 8.00pagi – 5.00petang
Yuran Pendaftaran: RM 10.00 seorang (Pelajar SRI Al-Amin PERCUMA)
Yuran Penyertaan: RM 170.00 seorang (Pelajar SRI Al-Amin RM 160.00)

____________________________

PAKEJ (2) SEBULAN (4 MINGGU)
Tarikh/Hari: 22hb Nov – 24hb Dis (Isnin-Jumaat)
Masa: 8.00pagi – 5.00petang
Yuran Pendaftaran: RM 10.00 seorang (Pelajar SRI Al-Amin PERCUMA)
Yuran Penyertaan: RM 470.00 seorang (Pelajar SRI Al-Amin RM 460.00)
Potongan harga akan diberikan pada penyertaan adik beradik melebihi 2 orang.
• Untuk maklumat anda. Tempat lain selain kami, program selama sebulan ini mereka kenakan bayaran RM 650.00 ke atas.

So!

Hantar anak anda ketika musim cuti sekolah ini kepada kami sambil mengikuti program padat&menarik pada bila-bila masa dalam tarikh Program Smart Ibadah&Mini Tahfiz ini kerana kami turut menyediakan pakej yang fleksibel: Pakej Sehari (8pg – 5ptg), Pakej Sesi Pagi @ Sesi Petang sahaja (8pg. -12ptg @ 1.00ptg – 5.00ptg) dan apa-apa sahaja pakej pada waktu yang anda tentukan (sila bincang dengan kami). Tempat yang eklusif & berhawa dingin. Hubungi 019-2713781

No comments:

Post a Comment