Monday, December 26, 2011

PENDAFTARAN 2012 Dibuka

PENDAFTARAN 2012 SESI PERSEKOLAHAN SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN SEKSYEN 7 SHAH ALAM TELAH PUN DIBUKA.

YURAN SEBULAN : RM 70 SAHAJA.

TAHUN 1, 2, 3, 4, 5 DAN 6

UNTUK TAHUN 5 KAMI ADA SIJIL UPKK UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA JAKIM.

UNTUK TAHUN 6 KAMI ADA SIJIL PSRA PEPERIKSAAN SEKOLAH RENDAH AGAMA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR JAIS.

UNTUK TAHUN 3 (TIGA) KHAS PEMBUKAAN PADA TAHUN 2012 KAMI ADA PADFA SESI PAGI DAN JUGA SESI PETANG.

JIKA ANAK ANDA BERSEKOLAH KEBANGSAAN DIWAKTU PAGI MAKA DIA BOLEH BERDAFTAR DENGAN KAMI UNTUK SESI PEMBELAJARAN PETANG UNTUK KELAS-KELAS AGAMA YANG PENTING DAN FARDHU AIN.

JIKA ANAK ANDA BERSEKOLAH KEBANGSAAN DIWAKTU PETANG MAKA DIA BOLEH BERDAFTAR DENGAN KAMI UNTUK SESI PEMBELAJARAN PAGI UNTUK KELAS-KELAS AGAMA YANG PENTING DAN FARDHU AIN.

DAFTAR SEGERA. KELAS BERHAWA DINGIN DAN EKLUSIF.

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN

NO 32A, TINGKAT 1 JLN KRISTAL K7/K,
SEKSYEN 7 40000 SHAH ALAM SELANGOR. (Daftar JAIS: SEM – 232)
HP: 019-2713781
PENDAFTARAN 2011

DIBUKA SEKARANG !
HUBUNGI: 03-55101036

Tuesday, March 8, 2011

Program Cuti Sekolah Mac 2011


(klik pada gambar utk besarkan)

MAKLUMAN: PROGRAM CUTI SEKOLAH BULAN MAC 2011

Sukacita dimaklumkan, pada 14 MAC 2011 hingga 16 MAC 2011 pihak Pusat Pengajian Al-Amin akan mengadakan ‘PROGRAM MINI TAHFIZ IBADAH & MOTIVASI ANAK SOLEH’. Program ini akan berlangsung selama 3 hari 1 malam. Maklumat mengenai Program adalah seperti berikut:

TARIKH/MASA :14/03/11-16/03/11 ( ISNIN, SELASA & RABU )

8.00pg - 5.00ptg (Menginap/Bermalam pada hari Selasa)

TEMPAT : PUSAT PENGAJIAN AL-AMIN SEKSYEN 7 SHAH ALAM.

YURAN PENYERTAAN: RM 95.00 Seorang

% Diskaun untuk 2 beradik ke atas

PERSEDIAAN PENGANJUR : LCD, Alat-alat Permainan, Tempat berhawa dingin, Makan-Minum, Tempat tidur dan lain-lain.

KELENGKAPAN YANG PERLU DIBAWA OLEH PELAJAR :Pakaian (Telekung, Kain Pelikat, Kopiah, Tudung, Pakaian Dalam, Pakaian Aktiviti), Kelengkapan mandi (Berus gigi,Ubat gigi,Tuala,Sabun,Syampu,Bedak,Deodorant), Alat tulis, Bantal, Selimut dan lain-lain keperluan asas.

KEISTIMEWAAN PROGRAM KAMI :Peserta berpeluang memenangi BASIKAL, JAM TANGAN dan hadiah-hadiah misteri yang menarik, Motivasi yang dinamik dan Mini Tahfiz cepat & mudah.

2. Sila nyatakan maklum balas anda secepat mungkin dan serahkan kepada pihak penganjur (Us. Rasyiq 019-2713781 dan Ustz. Laila 013-4412455).


(klik pada gambar utk besarkan)